Tuesday 19 June 2012

pengalaman manis

Assalamualaikum.wbt. n peace yoe!^^
Pengalaman manis merupakkan saat2 yang tidak mungkin kita lupa dalam kehidupan seharian kita, setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini, tidak mungkin, tidak mempunyai kenangan manis yang boleh diingat kembali dikala duka atau diingat kembali untuk kita bercerita kepada sesiapa sahaja,.pengalaman manis merupakan kenangan yang sepatutnya kita catat dalam catatan harian kita. bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain?






Tetapi, menjadi kenangan jugak eh jika kita datang ke tempat yang tak pernah kita datang bersama dengan orang yang xpernah jugak kita datangbersama atau berjalan2 bersama sebelum nih??:) semalam merupakan antara saat2 yang  indah dalam hidup saya,. Semalam merupakan hari2 yang diluar jangkaan atau dugaan saya juga, dengan tekanan perasaan yang melanda disebabkan oleh exm yang tinggal walaupun 1 paper sahaja lagi, tapi, saya masih boleh merasakan bahang2 paper yang lalu,. pengalaman hari ini,menjejakkan kaki ke tempat yang xpernah pergi di hutan lipur bukit ayer akan sentiasa terpahat diminda, bersama orang tersayang membuatkan kita lupa sejenak tentang masalah yang menduga, melanda kita sebelum ini, mendengar bunyi alunan air yang mengalir di celah2 batu membuatkan jiwa menjadi sejuk,tenanag, dan rindu untuk pergi lagi ke tempat seperti itu, bukan tidak pernah main dengan air terjun, tetapi, mungkin pengalaman kali ni sedikit berbeza kerana bersama dengan orang yang mungkin boleh dikatakan "baru" dengan kumpulan kami! :)






Walaupun terdapat berjuta masalah yang melanda, kehidupan ini perlu diteruskan, kita sebagai seorang "islam: perlu untuk mengetahui dan mengingati qada' dan qadar allah,.Setiap dugaan, cabaran, rintangan yang ALLAH berikan, yang sebenarnya mampu untuk kita tempuhi, yang penting dalam kita menghadapi dugaan tersebut, jangan kita berputus asa, dan terus lupa untuk meminta pertolongan daripadanya! perlu kita ingat, jangan kita bersedih, mesti ada hikmah di sebalik dugaan tersebut, dan perlu juga kita ingat, jangan kita bersedih kerana Pncipta kita senentiasa bersama kita kerana DIA adalah YANG paling hampir dengan kita, semakin kita jauh kepadanya, semakin DIA dekat dengan kita."La Tahzan"(kalau x silap la). hehehe.. Kalaulah ada masalah yang berlaku, kita juga perlu ingat, salahkan diri kita terlebih dahulu, jangan kita menyalahkan orang lain walahal kita tau itu kesilapan orang lain, tapi jangan pulak kalau masalah orang lain tiada kaitan langsung dengan kita, kita pergi mengaku, jangan kita menyebok pulak! hahaha, maksud disini, masalah berkaitan dengan kita sendiri. 





Sudah menjadi asam garam kehidupan, kehidupan dan masalah tidak boleh dipisahkan. Sekiranya manusia tidak mempunyai masalah, kita boleh meletakkan manusia itu tidak waras,janagn dirisau, memang akan ada masalah, yang penting , kaedah atau cara penyelesaian, disini, saya tunjukkan contoh, orang didalam gambar sedang memasak^^ entah apa yang dimasaknya, hal tersebut merupakan masalah, nak letak banyak mana air?banyak mana gula? banyak mana garam?? jadi, dapat kita simpulkan bahawa, xpayah nk risau la, kita kena belajar nk menyelesaikan masalah dahulu, baru kita akan dapat untuk mengharungi kehidupan dengan riang, dengan ceria, kerana dengan penyelesaian, kita akan sedar, bahawasanya kehidupan ini sangat mudah!life is easy if we can manage our problem!




Rasa2, ni je kot enti untuk pagi yang hening dan dingin ni...
Ingat ni wahai sahabat sekalian, setiap masalah yang  ada diatas muka bumi ini, akan ada jalan penyelesaianya kecuali mati, dan mati itu pasti!.
2. dugaan yang diberi oleh ALLAH kepada kita itu, sememangnya ada hikmah disebalik kejadian tersebut,. kita jangan lupa untuk meminta pertolongan daripadanya, tetapi perlu juga diingat disini, jangan ketika kita memerlukan sahaja kita meminta pertolongan, tetapi perlu sentiasa menginggatiNYA,
3.Paling penting disini, solat 5 Waktu, jangan kita lupa, tu tiang agama, rumah tanpa tiang, kan roboh lah ia!^^ 
4. cara penyelesaian atau kaedah untuk menyelesaikan masalah itu, perlu kita belajar,perlu kita selidiki agar senang nk menghadapi dugaan yang bakal kita tempuhi nanty.:)

wasalam <3

p/s: sentiasa merindui saat nie,jika berkesempatan lagi, kita akan bersua kembali!^^

No comments:

Post a Comment