Monday 18 June 2012

Duit?

Assalamualaikum n peace yoe!!
Tengok tajuk tu, mesti korang dah boleh imagine apekah entri saya pada malam nie.
Kalau kita sebut duit, kita boleh kaitkan dengan harta pusaka, dengan hutang, dengan penyewa etc.
duit kalau kita tidak dapat mengawal dengan bijak, maka, kita akan bergaduh dengan harta kita sendiri, disebabkan duit, adik beradik boleh bergaduh, sahabat baik pon same, ni kan pula kawan yang cikai2 nih, sampai bila-bila pun manusia akan bergaduh disebabkan duit






Kalaulah kita sendiri sebagai pemiutang, perlu kita ingat, sekiranya kita berhutang dengan seseorang, kita kena cuba untuk jelaskan hutang mereka walaupun mereka tidak menuntut, hal ni disebabkan oleh, mungkin mereka sangat memerlukan wang tersebut, sekiranya kita ada duit, jangan gunakan duit tersebut untuk kepentingan kita, tapi selesaikan hutang terlebih dahulu, kita hendaklah mempunyai inisiatif untuk melangsaikan hutang,sekiranya mereka mempermudahkan urusan kita, kita perlu permudahkan urusan mereka kembali., sekiranya mereka tidak menuntut sekalipun hutang tersebut, tidak semestinya mereka sudah "kaya" tetapi, mereka mungkin tidak meminta disebabkan untuk menjaga hati kita sebagai sahabat baik. ni die beberapa hadis tentang hutang.


Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-Maksudnya :Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya terhindar dari berhutang.Doa baginda itu :- Ertinya :Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-Maksudnya :Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:-Maksudnya :Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia.



sekiranya kita meneliti kembali, berat kita sekiranya tidak melangsaikan hutang dengan baik.oleh itu, jangan la bebankan dirimu dengan hutang, hutang sikit2 , lama2 jadi gunung la:)

Dalam pembahagian harta pusaka juga, kita perlu ingat, ini pendapat peribadi saya, kita sebagai hamba ALLAH, tidak salah dan memang tidak berdosa kita mengikut hukum faraid, kerana pembahagian harta tersebut adalah sudah ditetapkan oleh allah, bahawasanya orang lelaki akan mendapat 2 bahagian dan orang wanita akan mendapat satu bahagian daripada pembahagian harta, perlu diingat, Allah menjadikan satu-satu keadaan adalah untuk kita berfikir, bukan untuk menentang tapi cuma untuk kita sama-sama berfikir sejenak, sekiranya kita tidak mengikut faraid, adakah kita berdosa seperti mana kita tidak mengikut hukum ALLAH yang ditetapkan seperti hudud dan kisas?? Sudah semestinya tidak, apabila saya memikirkan kembali, faraid yang dikenakan kepada kita mungkin sebagai ujian daripada Allah, ujian untuk menguji hambanya yang beriman, setakat mana tahap keimanan seseorang itu.sekiranya kita taksub dengan harta, dan berkira, hukum tetap mengatakan tidak berdosa, bagaimana pula kita dengan adik beradik yang lain, bukan untuk menghina juga, tapi lihat akan kopiah diatas kepala sejuk saja melihatnya bila disebut tentang harta, mungkin kan kelabu mata, tidak ditujukan kepada semua, tetapi kepada sesetengahnya sahaja..:) sekiranya kita membahagikan harta pusaka 2 bahagian lelaki, 1 bahagian perempuan, sudah pasti pihak perempuan akan merasakan itu susah, dan tidak mustahil akan menyimpan perasaan tidak puas hati, dan hal ini boleh menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan akan menimbulkan konflik yang dasyat, bagi adik beradik wanita yang dapat menerima dengan redha saya ucapkan tahniah, tapi, bagi yang sebaliknya?? berperang, hal ini boleh dilihat dalam situasi masyarakat pada hari ini, adalah lebih baik jika kita membahagikan harta kita dengan sama adil? kalau 1 semuanya akan mendapat 1, kalau 2 semuanaya akan mendapat 2. bagi  yang sudah kaya, bagi sahaja harta tu pada adik beradik yang miskin sekiranya terlalu berat hati, bagi separuh, itu adalah lebih baik, dan hal ini boleh menimbulkan kemesraan mungkin sehingga ke akhir hayat kita di dunia, perlu kita ingat, sewaktu kita mula2 keluar dari rahim ibu kita ,apa saja yang kita ada?? tiada seurat benang pun kita keluar pada masa tu, dan lihatlah diri anda pada hari ini, anda perlu ingat perkara tersebut.^^


tapi, sekiranya kita bergaduh disebabkan oleh duit, maka kita bergaduh dengan harta kita sendiri, dengan itu, secara automatiknya akan putuslah hubungan sahabat dengan sahabat, suami dengan isteri, adik beradik dengan adik beradik yang lain, coretan ini hanyalah untuk renungan semata-mata, sekiranya anda merasakan tidak berguna,, anda boleh buang tapi sekiranya bermanafaat, gunakan sebaik mungkin, i'allah.. itulah sahaja untuk malam ini, moga bertemu lagi di entri berikutnya, 


walaikumusalam,wbt.. ^^















No comments:

Post a Comment