Friday 29 June 2012

RESAH YANG TERAMAT

assalamualaikum n peace you =.=''

Hari nie merupakan hari terakhir saya berada di UUM, sekarang ni da otW packing2 barang nk balik, sudah ramai sahabat2 lain pulang ke kampung halaman masing2, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja lagi, termasuk jiran cina depan bilik nie, n En saDe je yang masih ade yang menemani saya. esk juga paper sade yang last dan terakhir bagi penghujungg semester nie.! Syukur alhamdulillah, kami dapat melalui seM ni dengan lancar, tanpa sebarang masalah yang berat2 melanda. :)

tetapi, hari ni juga, antara hari2 yang menguris hati, mengusik memori saya.! sahabat tercinta yang boleh dikatakan rapat sudah berangkat ke overseas, ntahkan bila dapat ketemu, (sarawak je pon) epul fretelli, semoga nanty kita dapat bersua lagi, begitu juga mOOmy Darvina, korang berdua akan saya ingat smpai bila2, dorang nie da last sem, sbb tu yang jadi sedih semacam, tgok jer gitar hitam nie, rndu kat epul, tgok kat kopiah aladdin nie, tringgat kat awin! hurm,. ade lagi sahabat yang lain turut sama pulang hari nie noraDika Bolhassan, sape lagi tah, ramai lah, ramai, xterbilang, sbbtu la sunyi sangat2, kemas barang pon da sorang2, smpai xtau nk kemas part mane dulu, alahai,.

tidak mengapalah, nanti, jika sempat, saya upload gmbar, okeh :) saya disini sentiasa mendoakan sahabat2 saya disana sentiasa sehat dalam menghadapi rona2 kehidupan, yang palin penting, jangan lupa solat tau korang!! :) mizz u alls a lot!

goT to go, c U again, walaikumusalam, wbt,.. ^^

Tuesday 26 June 2012

peRjalanan Yang Mengujakan~ :)

Bismillahirahmaniarahim.. :)
Assalamualaikum and peace yoe! hehee
sebelum menulis belOg ni, ingin saya mengucapkan riBuan, siket, JutaAAN terima kasih kepada en saDe hafiz N pN ziela idaYu kerana sudi mengikut saya, menemani saya sepanjang perjalanan kami ke Pinang,. tidak lupe juga kepada ciktiey! sudi mengundang kami, menjadi GPS kepada kami walau untuk sementara waktu, heheh ^^


ni la muka2 ceria sebelom kami memulakan perjalanan kami, perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam, hohohoho,, sbb jalan jem! :) sebab nk lari tol punye pasal, terpaksa la kami lalu jalan yang penoh dengan trafic light, tetapi, tidak mengapa, kerana kami boleh melihat permandangan sekeliling yang mengasyikan, yang boleh menyejukkan minda!




tp, sayang jugak yer, kami smpai sane da lewat, tidak sempat untuk berjalan ke tempat2 yang menarik. sempat jugak saya menghubungi kawan untuk bertemu, tetapi, masa tidak mengizinkan kami untuk bersua! maafkan saya!! :)




Akhirnya smpai lar kami ke terminal feri. :) lame banget tidak ku menaiki feri.  bernasib baik jugak , orang xramai, laju2 jer beratur, haha :D












Rase2 ni dah kali ke berapa saye menaiki feri, kalau kat rumah selalunya saya menaiki bot! lagi laju, hehe, feri ni die slow siket, . rase2 nye dah lama sya xterkena nagin laut nih, hihiihi,, suasana laut sebelah pinang nie, berbeza dengan angin laut depan rumah saya yang mungkin lagi landai dan belom ade pelabuhan yang maju sebegini..^^












Sementara menunggu kami bergerak, sempat lagi say mengshot beberapa keping gambar, walaupun beliau "temau" saya masih lagi degil! hohohoho,, maafkan saya cikTiey! :)  ni lar soalan yg saya tnye kat cik tiey, Aty, nanti boleh datang lagi x??:) hehehe..


samsons- kenangan terindah :)



Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun 
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...










akhirnya kami sampai la ke penghujung perjalanan menaiki feri! :) 15 minit kot perjalanan. hehe ^^

nanty la esk plak cite bile smpai kt sebelah pulau:) gud moninx!

Saturday 23 June 2012

2 HARI BLACKOUT 2 HARI JEM!

assalamualaikum. n peace yoe!!^^

begini la kehidupan di uUM sintok nie, kalau bLackout letrik, memang xleh nk on9 la, mesti serindit xleh nk connect sbb dok main safe mood and standby jer, kalau kena pada hari jumaat memang jem lah, sangat menyakitkan hati dan menguju kesabaran saya! heheh..alhamdulillah, hari nie baru boleh 0n9, jam 11.00am..

2 hari xmengepost, tidak menulis entri saya merasakan itu adalah tempoh menunggu yang sangat lama, kerana menulis ni saya rasa macam dah jadi satu rutin dah, hahHaha,tapi tidak mengapa,, berharap sekiranya de jer kes blackout ni berlaku, sila selesaikan dengan segera,.^^

Bile dah abis exam nie, rase jugak macam nk balik, tapi masih sayang nk tnggal DPP EON nih, rase macam masih belom mau balik maa! saya akn stay sini sampai 30 . persaan nk balik tu tetap ada, rindu kat kampung halaman memang tidak boleh nk dielakkan, kerana sudah menjadi fitrah, kita sebagai manusia. tetapi, demi untuk rehat la katakan sampai 30 ni, ok lah kot?? sambil menunggu sahabat abis exm, tapi, hal tersebut masih belom diputuskan lagi.

banyak program dibuat sepanjag abes paper nih, benda yang paling suke wat adalah menanam bunga dekat FB sebelom blackout berlaku! huh, 2 hari xon9, abis bungaku kekeringan, game kat dalam nih memang berniaga la, memang menyakitkan hati, macam2 kerenah die wat nk suruh jugak beli, ingat saya kaye macam anda ke en FB!! adoi,,

harini, my lovely rumate pon sudah berangkat pulang ke kelantan terlebih dahulu, kemudian nanty insyaALLAH saya akan menyul. kalau balik nanti saya disini sudah mengatur beberapa program untuk saya laksanakan kemudian di rumah, yang paling utama adalah trip memancing,, sambil pergi ke pulau perhentian! hehehe...sebenarnya sudah beberapa kali saya ke sana, tapi, hati ini, masih lagi belom puas melihat keadaan persekitaran yang sangat mengasyikkan, sangat suasana yang nyaman dan damai, air yang bersih warna kebiruan, ikan pon jinak, bagi roti, banyak2 datang, wah! sangat mengujakan.huhuhu.. tidak mengapa, bila sampai nanti, tu la perkara pertama yang akan saya wat.i'allah .

xpe lah dulu, nkg makan, lapo, huhuhu, cee u next round!
wassalam..^^

Thursday 21 June 2012

keriNduan!

assalamualaikum wbt n peace yoe! :)

Rindu merupakan satu perkara yang tidak boleh kita paksa, tidak boleh kita cipta, tidak boleh kita berlakon dan sebagainya, Perasaan rindu merupakan fitrah yang diciptakan oleh Allah kepada setiap hambanya yang bergelar manusia,. Rindu ini tidak semestinya kepada manusia sahaja, tetapi, kepada segenap benda yang wujud di atas muka bumi nih.. pada pendapat saya sendiri rindu ni mainan psikologi atau mainan minda, daripada rindu menjadi cemas, menjadi takut, stress, stress teramat dan paling last adalah Gila!^^ hehehe.. oleh sebab itu, jika peasaan rindu itu tidak dikawwal, mungkin seseorang individu akan nekad melakukan sesuatu yang di luar batasan pemikiran kita. :)

ni adalah contoh yang ingin saya selitkan berkaitan dengan perasaan rindu, sekiranya kita diceritak oleh sahabat tentang kampung halaman kita, walahal kita sikitpun tidak ingat tentang kampung, suasana kampung , keluarga dan sebagainya, jika teknik penceriataan yang digunakan adalah berkesan, kmaka, tidak mustahil esoknya kita akan ambik tiket untuk pulang ke kampung, benda tersebut adalah tindakan luar jangka kita, kerana pada ketika itu, minda kita diasah untuk ingat kepada kampung halaman yang boleh membuatkan kita tiba-tiba cemas. kalau tiada tiket pada keesokan harinya, semakinlah jiwa kita merasa takut dan ketakutan yang melanda itu akan membuatkan kita tidak boleh melakukan sebarang kerja kerana terlalu stress untuk balik,. hal ini boleh menyebabkan kita menjadi gila memikirkan situasi tersebut.

untuk memahami rindu, perlu kita memahami psikososial yang bererti jiwa kita ini tergolong dalam situasi atau keadaan tersebut,. . oleh itu, perlulah kita mempelajari untuk memahami situasi orang lain untuk kita belajar erti rindu tersebut. :) secara teorinya rindu ini disebabkan oleh rangsangan otak depan yang membuatkan kita berfantasi tentang sesuatu benda tau keadaan.


tidak mengapalah, nanty kalau ade post berkaitan rindu, akan saya sambung lagi di kemudian hari, hehee.. assalamualaikum wbt.. 


p/s: jangan memaksa orang untuk tidak merindui kita, mungkin jika memaksa untuk mereka berbuat sedemikian boleh membuatkan mereka sengsara. ^^

Wednesday 20 June 2012

fadilat Bulan sya'ban







Assalamualaikum n peace yeo!^^

Entri kali nie, kita akan bercerita tentang kelebihan bulan sya'ban :)
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…


Tuesday 19 June 2012

pengalaman manis

Assalamualaikum.wbt. n peace yoe!^^
Pengalaman manis merupakkan saat2 yang tidak mungkin kita lupa dalam kehidupan seharian kita, setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini, tidak mungkin, tidak mempunyai kenangan manis yang boleh diingat kembali dikala duka atau diingat kembali untuk kita bercerita kepada sesiapa sahaja,.pengalaman manis merupakan kenangan yang sepatutnya kita catat dalam catatan harian kita. bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain?






Tetapi, menjadi kenangan jugak eh jika kita datang ke tempat yang tak pernah kita datang bersama dengan orang yang xpernah jugak kita datangbersama atau berjalan2 bersama sebelum nih??:) semalam merupakan antara saat2 yang  indah dalam hidup saya,. Semalam merupakan hari2 yang diluar jangkaan atau dugaan saya juga, dengan tekanan perasaan yang melanda disebabkan oleh exm yang tinggal walaupun 1 paper sahaja lagi, tapi, saya masih boleh merasakan bahang2 paper yang lalu,. pengalaman hari ini,menjejakkan kaki ke tempat yang xpernah pergi di hutan lipur bukit ayer akan sentiasa terpahat diminda, bersama orang tersayang membuatkan kita lupa sejenak tentang masalah yang menduga, melanda kita sebelum ini, mendengar bunyi alunan air yang mengalir di celah2 batu membuatkan jiwa menjadi sejuk,tenanag, dan rindu untuk pergi lagi ke tempat seperti itu, bukan tidak pernah main dengan air terjun, tetapi, mungkin pengalaman kali ni sedikit berbeza kerana bersama dengan orang yang mungkin boleh dikatakan "baru" dengan kumpulan kami! :)






Walaupun terdapat berjuta masalah yang melanda, kehidupan ini perlu diteruskan, kita sebagai seorang "islam: perlu untuk mengetahui dan mengingati qada' dan qadar allah,.Setiap dugaan, cabaran, rintangan yang ALLAH berikan, yang sebenarnya mampu untuk kita tempuhi, yang penting dalam kita menghadapi dugaan tersebut, jangan kita berputus asa, dan terus lupa untuk meminta pertolongan daripadanya! perlu kita ingat, jangan kita bersedih, mesti ada hikmah di sebalik dugaan tersebut, dan perlu juga kita ingat, jangan kita bersedih kerana Pncipta kita senentiasa bersama kita kerana DIA adalah YANG paling hampir dengan kita, semakin kita jauh kepadanya, semakin DIA dekat dengan kita."La Tahzan"(kalau x silap la). hehehe.. Kalaulah ada masalah yang berlaku, kita juga perlu ingat, salahkan diri kita terlebih dahulu, jangan kita menyalahkan orang lain walahal kita tau itu kesilapan orang lain, tapi jangan pulak kalau masalah orang lain tiada kaitan langsung dengan kita, kita pergi mengaku, jangan kita menyebok pulak! hahaha, maksud disini, masalah berkaitan dengan kita sendiri. 





Sudah menjadi asam garam kehidupan, kehidupan dan masalah tidak boleh dipisahkan. Sekiranya manusia tidak mempunyai masalah, kita boleh meletakkan manusia itu tidak waras,janagn dirisau, memang akan ada masalah, yang penting , kaedah atau cara penyelesaian, disini, saya tunjukkan contoh, orang didalam gambar sedang memasak^^ entah apa yang dimasaknya, hal tersebut merupakan masalah, nak letak banyak mana air?banyak mana gula? banyak mana garam?? jadi, dapat kita simpulkan bahawa, xpayah nk risau la, kita kena belajar nk menyelesaikan masalah dahulu, baru kita akan dapat untuk mengharungi kehidupan dengan riang, dengan ceria, kerana dengan penyelesaian, kita akan sedar, bahawasanya kehidupan ini sangat mudah!life is easy if we can manage our problem!




Rasa2, ni je kot enti untuk pagi yang hening dan dingin ni...
Ingat ni wahai sahabat sekalian, setiap masalah yang  ada diatas muka bumi ini, akan ada jalan penyelesaianya kecuali mati, dan mati itu pasti!.
2. dugaan yang diberi oleh ALLAH kepada kita itu, sememangnya ada hikmah disebalik kejadian tersebut,. kita jangan lupa untuk meminta pertolongan daripadanya, tetapi perlu juga diingat disini, jangan ketika kita memerlukan sahaja kita meminta pertolongan, tetapi perlu sentiasa menginggatiNYA,
3.Paling penting disini, solat 5 Waktu, jangan kita lupa, tu tiang agama, rumah tanpa tiang, kan roboh lah ia!^^ 
4. cara penyelesaian atau kaedah untuk menyelesaikan masalah itu, perlu kita belajar,perlu kita selidiki agar senang nk menghadapi dugaan yang bakal kita tempuhi nanty.:)

wasalam <3

p/s: sentiasa merindui saat nie,jika berkesempatan lagi, kita akan bersua kembali!^^

Monday 18 June 2012

Duit?

Assalamualaikum n peace yoe!!
Tengok tajuk tu, mesti korang dah boleh imagine apekah entri saya pada malam nie.
Kalau kita sebut duit, kita boleh kaitkan dengan harta pusaka, dengan hutang, dengan penyewa etc.
duit kalau kita tidak dapat mengawal dengan bijak, maka, kita akan bergaduh dengan harta kita sendiri, disebabkan duit, adik beradik boleh bergaduh, sahabat baik pon same, ni kan pula kawan yang cikai2 nih, sampai bila-bila pun manusia akan bergaduh disebabkan duit






Kalaulah kita sendiri sebagai pemiutang, perlu kita ingat, sekiranya kita berhutang dengan seseorang, kita kena cuba untuk jelaskan hutang mereka walaupun mereka tidak menuntut, hal ni disebabkan oleh, mungkin mereka sangat memerlukan wang tersebut, sekiranya kita ada duit, jangan gunakan duit tersebut untuk kepentingan kita, tapi selesaikan hutang terlebih dahulu, kita hendaklah mempunyai inisiatif untuk melangsaikan hutang,sekiranya mereka mempermudahkan urusan kita, kita perlu permudahkan urusan mereka kembali., sekiranya mereka tidak menuntut sekalipun hutang tersebut, tidak semestinya mereka sudah "kaya" tetapi, mereka mungkin tidak meminta disebabkan untuk menjaga hati kita sebagai sahabat baik. ni die beberapa hadis tentang hutang.


Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-Maksudnya :Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya terhindar dari berhutang.Doa baginda itu :- Ertinya :Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-Maksudnya :Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:-Maksudnya :Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia.



sekiranya kita meneliti kembali, berat kita sekiranya tidak melangsaikan hutang dengan baik.oleh itu, jangan la bebankan dirimu dengan hutang, hutang sikit2 , lama2 jadi gunung la:)

Dalam pembahagian harta pusaka juga, kita perlu ingat, ini pendapat peribadi saya, kita sebagai hamba ALLAH, tidak salah dan memang tidak berdosa kita mengikut hukum faraid, kerana pembahagian harta tersebut adalah sudah ditetapkan oleh allah, bahawasanya orang lelaki akan mendapat 2 bahagian dan orang wanita akan mendapat satu bahagian daripada pembahagian harta, perlu diingat, Allah menjadikan satu-satu keadaan adalah untuk kita berfikir, bukan untuk menentang tapi cuma untuk kita sama-sama berfikir sejenak, sekiranya kita tidak mengikut faraid, adakah kita berdosa seperti mana kita tidak mengikut hukum ALLAH yang ditetapkan seperti hudud dan kisas?? Sudah semestinya tidak, apabila saya memikirkan kembali, faraid yang dikenakan kepada kita mungkin sebagai ujian daripada Allah, ujian untuk menguji hambanya yang beriman, setakat mana tahap keimanan seseorang itu.sekiranya kita taksub dengan harta, dan berkira, hukum tetap mengatakan tidak berdosa, bagaimana pula kita dengan adik beradik yang lain, bukan untuk menghina juga, tapi lihat akan kopiah diatas kepala sejuk saja melihatnya bila disebut tentang harta, mungkin kan kelabu mata, tidak ditujukan kepada semua, tetapi kepada sesetengahnya sahaja..:) sekiranya kita membahagikan harta pusaka 2 bahagian lelaki, 1 bahagian perempuan, sudah pasti pihak perempuan akan merasakan itu susah, dan tidak mustahil akan menyimpan perasaan tidak puas hati, dan hal ini boleh menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan akan menimbulkan konflik yang dasyat, bagi adik beradik wanita yang dapat menerima dengan redha saya ucapkan tahniah, tapi, bagi yang sebaliknya?? berperang, hal ini boleh dilihat dalam situasi masyarakat pada hari ini, adalah lebih baik jika kita membahagikan harta kita dengan sama adil? kalau 1 semuanya akan mendapat 1, kalau 2 semuanaya akan mendapat 2. bagi  yang sudah kaya, bagi sahaja harta tu pada adik beradik yang miskin sekiranya terlalu berat hati, bagi separuh, itu adalah lebih baik, dan hal ini boleh menimbulkan kemesraan mungkin sehingga ke akhir hayat kita di dunia, perlu kita ingat, sewaktu kita mula2 keluar dari rahim ibu kita ,apa saja yang kita ada?? tiada seurat benang pun kita keluar pada masa tu, dan lihatlah diri anda pada hari ini, anda perlu ingat perkara tersebut.^^


tapi, sekiranya kita bergaduh disebabkan oleh duit, maka kita bergaduh dengan harta kita sendiri, dengan itu, secara automatiknya akan putuslah hubungan sahabat dengan sahabat, suami dengan isteri, adik beradik dengan adik beradik yang lain, coretan ini hanyalah untuk renungan semata-mata, sekiranya anda merasakan tidak berguna,, anda boleh buang tapi sekiranya bermanafaat, gunakan sebaik mungkin, i'allah.. itulah sahaja untuk malam ini, moga bertemu lagi di entri berikutnya, 


walaikumusalam,wbt.. ^^















Saturday 16 June 2012

kenangan?:)

di pagi hari yang hening begini, sangat sesuai untuk student U seperti saya untuk mengulangkaji pelajaran, tapi, apakan daya, kuderat seorang pelajar remaja, tidak mampuku untuk mengulangkaji, namun sebaliknya, mengadap fB larat pulak! heheh.. tapi, boleh dikatakan wajib,  kalau xtido mase nih, mesty akan on9 fB walaupun status off9 dan tinggal g tempat lain. tetapi, sebagai student U nih, orang kata xde nikmat tido awal, xde nikmat hidop sebagai student, Adakah itu benar?? tapi, pada pendapat saya sorang, wajib kot begitu! ahahha, bila mengenang kembali sejarah lampau, waktu mula2 datang uuM orientasi, waktu tu, memang sangat penat,! kalau diberi peluang untuk tido pukol 9.00pm mmg cepat jer lena sampaikan ex roomate die ckp ''ang eG, aq xabih cakap g ang da tdo, isk'' dan perkataan tu masih lagi berlegar di benak fikirin, ade jugak abg2 senior cakap, jangan risau , kul 12 ni masih terlalu awal untuk korang tido,. tgok lah xcaye nanty!  sekarang sudah terbukti! memang begitu, memang menjadi musang dan bak kata epul, memang mendapatla. hehehe... jam sekarang menunjukkan jam 0545am..
nampaknya sudah kedengaran azan subuh di bumi sintok nih.! :) itulah sahaja entri pagi ni,^^ inginku menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslim!

Apakah Benar Allah Itu Wujud? :)




Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.

“Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?”

Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

“Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?”

“Mestilah dari benihnya.”

“Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?”

“Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku.”

“Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?”

“Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?”

‘Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?”

“Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud”.

“Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?”

“Pasti.”

“Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati.”

“Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?”.

“Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? ”

“Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?”

“Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa.”

“Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?”

“Buktinya ialah dirimu.”

“maksudmu?”

“Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?”

“Ia terjadi sendiri”

“Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri”

“Mengapa mustahil?”

“Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?”

“Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini”

“Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?”

Senyap..

“Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?”, ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.

Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, “Tuhan yang tidak mati”

Lalu dia bangkit, “Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

_____________

Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, ‘kewujudan Allah’ hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

Muhasabah diri…
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik

Friday 15 June 2012

sakit??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.^^ peace yooe!! heheh
.Bercerita tentang orang sakit nie,. Bila mendengar kabar, orang yang kita sayangi, kita kasihi sakit, secara sendirinya, kita sendiri yang sakit nie jadi tak sakit. oleh sebab itu kita sendiri pulak yang menyibok bertanya kabar, paksa suruh pergi klinik, kalo xde transport selagi termampu, kita sendiri sanggup nak g ambik, semata-mata nk tgok orang kesayangan kita tu okeh?sihat?dan sebagainya??, tapi, sekiranya mereka sendiri tidak faham, susah la, bertapa kita sayangkan mereka, mungkin situasi tu pernah berlaku kepada anda,dan juga kepada saya, . kepada si pesakit, anda perlu fikir,kenapa beliau,mereka, dia melakukan perkara yang sedemikian terhadap anda,., kerana, anda sendiri ada jawapanya. ^^. tapi, saya sendiri pun tidak sanggup untuk mendengar berita yang tidak baik. tidak kira la siapa2 pun.. kepada sesiapa yang sakit tu, moga cepat2 sembuh, sememangnya kesakitan itu ujian ALLAH untuk mengampun dosa, tetapi, kita perlu ingat, tubuh badan yang ALLAH bagi ni, DIA suruh kita jaga dengan baik, bukan kalau sakit buat xtau,:) tu la sahaja entri pagi nim.. gud moninx! wslam.wbt^^

8 PAHALA YANG BERTERUSAN ♥


Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

✿ 1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

✿ 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

✿ 3. Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

✿ 4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

✿ 5. Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

✿ 6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

✿ 7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

✿ 8. Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04

:)

Thursday 14 June 2012

pizZa?? hehehe

Selasa 12 jun 2012 jam 8.30pm sharp saya sampai depan pejabat bukit kaci menunggu untuk menjemput 2 org hamba ALLAH yang menyatakan bahawasanya mereka ingin menyewa kereta.^^ tetapi, telah bertukar situasi saya menjadi driver mereka.! selepas itu, kami berbincang kemana halatuju mereka berdua ini,dan selepas membuat keputusan, halatuju kami adalah ke pizza hut jitra!lalu saya memandulah kereta sebagai seorang pemandu pRofessional! hahaha..selepas masuk ke restoran, kami termenung sejenak memikirkan menu apa yang hendak kami makan, setelah menjenguk menu order kami mengorder la beberapa jenis
makanan. seketika menunggu, sempat lagi saya mengesyot gambar!bahasa ape aq pakai pon ta tau lar! hehehe... line kat meja tu lawa lar






<--Ni la ciKtIEy! termenung berfikir, ape eh nk mkn?? eg order la nk mkn ape? jawabku, entah lar, xpnah2 pon masuk pIzzA nie, nk order cane, xreti,order la pape yang halal tolak batu dengan kayu,yang lain jangan riso ,Owang makan jer! hahaha. begitulah perihatinya ciktiey terhadap saya :P


ni ha lagi sorang lagi, sedang sibuk je makanan datang, beliau sibOk jer nk amek gmbo, katenye nk upload kat FB! heheh.. ape dar. tapi, korang berdua ni memang berjanji ker nk pakai baju itam nih?? :)
malam tu, seriously, orang ramai sangat dalam kedai  lepas kami masuk, memang kami ni pembawa pelaris ke ape ke ntah,? ntah2 dorang 2 orang ni yang membuatkan orang dalam kedai ni ramai??^^ hehehhe


Rezki saya pada malam itu murah! saya diperlawa untuk jemput sama menjamu selera!ni jer menu yg kiteorg makan malamtu.mushroom soup menjadi pilihan hidangan saya ,bersama pizza yang sudah separuhnya saya makan, ehhehe.. alhamdulillah,, sudah kekenyangan saya!


ni hidangan member cikTiey tuh, lupe plak nk tanye name die ape, terok lar driver ni pon! tengok tangan yang pegang sudu ngn garfu tu, isk, memang xsabo lar! :P ahahhaa,, jangan marah yer..

Salad niekiteorang kongsi ramai2. mayonise dier sedap lar, mungkin tu kot secreat recipi pizza hut kot?

Ni hidangan yang menjadi pilihan hidangan ciktiEy malam tu, ape lak name die xtau,yang saya tau, kat atas tu keju,sosej, dalam tu ade nasi,. nampak cam sedap, teringin jugak nk try, tapi segan la pulak, nanty, jika tidak keberatan akan ku kunjunggi lagi pizza tu even xsedap sangat, insyaALLAH..!!






orang yang paling lambat siap malam tuh, dimenangi oleh, jeng3x,, cikkita amore!:) hehehe..kalo beliau bace blog ni, sah2 die marah. ahahhaha..msty die akan cakap nk kenekan die lar tu,! hehhe,, jangan mara lor, nanty cepat tue!  :)

ni je lar coretan untuk malam nie, nanty bersua lagi ea??












p/s: kalo tiap2 malam jadi driver pon xpe kalo cmnih selalu. hehhee..

Wednesday 13 June 2012

kembali bErceRita!

assalamualaikum. :) hehhee..
lame tidak menulis catatan di bloG kesayangan saye nih, sjak beberapa minggu nih sedikit sibuk keranan mengahadapi 'final exam' kat uUm kesayangan nih, mnggu sebelomnya saya blik bertemu kedua ibu bapa,sanak saudara untuk meminta restu mereka! hehehe.. alhamdulillah,, boleh jer nak menjawab soalan yang xseberapa senang tu! alahai eG!
semasa berada di rumah dekat bachok kelantan selama seminggu nun. sempat lagi saya berjalan2. melihat keadaan kampung halaman, maklum lar, da 2bulan xbalik, yang paling syok, bile da petang2 hari trun la saya pergi ke bangsal kambing! maklum la pengembvala kambing.:) hehehe...


 ni kat depan rumah la, depan halaman, menuju ke pantai melihat suasana petang yang indah! walaupun setiap hari melihat pantai, jiwa ini masih belum puas nk mandi, nk mendengar bunyi ombak yang memukul pantai, yang tidak akan berhenti sehingga dunia ini berakahir! heheh

memang boleh dikatakan jika mempunyai kelapangan setiap petang. saya akan ke pantai bersama adik,adik,adik,adik kecik saya! heheh mereka akan berkejar2 lar, melompat2 lar & tidak sah kalau tidak mengajak,'abe long mari la mandi!'

tp, begini la rutin menunggu magrib kalau berada di rumah, bile menulis entri ni, rasa rindu nk balik la pulak! hehehe.xpe xlame dah nak balik kan.








bila keesokan harinya pula, pagi2 lagi mendapat arahan, eG, bgun, hari nie ade keje! kne g ganti owg keje!
 xyh tido dh lepas subuh, agak2 korang lar, keje ape eh??:D
ni lar sebenornye keje yg saya wat kalo cuti..bawak
ni jer yang saya cedok
jual tanah msuk dalam lori,. pastu PTG datang, tunjuk dOKEt.  tiap-tiap hari kerja cmnih. hehehe dapat la allowence daripada my dady! lor!
nanty ade sambungan lagi yer! hehehe..

Thursday 7 June 2012

Hujan di buMi sintok!

hujan baru jek turun, sayeR baru sampai ke UUM, hehhe,, da seminggu balik ke kelantan, tapi, terlupa nk inform!ble dok umah, ramai plak yg kol, hey eg! bile mu nk blik uuM nih, hahaha soalan tu sokmo bley saya dengar kalo sy balik ke kapum halaman! hehehe.. xtau lar ade pelaris gapo, nanty.. di entry yg berikutnya, ada beberapa gmba akn sy upload spanjang  cuty meyh! :)