Friday 15 November 2013

Serabut

Bila hati dah serabut, macam2 benda boleh buat, yang paling afdal berserah diri kepada Allah,. nescaya kita dapat merasakan ketenangan itu.

baru sampai dari rumah nie., hehe, penat sedikit, tidak mengapa, demi keluarga tercinta.

ok la, nak rehat. selamat pagi! :)

Sunday 10 November 2013

Kompiden( keyakinan diri)

Yang sebenarnya, kita perlu yakin dengan segala tindakan yang kita  buat, keyakinan itu perlu, kerana akan memberi keberanian kepada kita.  setiap aspek yang kita buat perlu kita yakin, tidak kira kita seorang entertainer, kita seorang pelajar, kita seorang guru, kita seorang prof, kita seorang ibu, kita seorang bapa dan? sebagainya yang berkaitan lah.  hal ini disebabkan oleh akan memberikan kita rasa puas hati.

yang kita tak hendaknya bila over kompiden.  Bila perkara ini berlaku, masalah lain pulak yang akan timbul, dan benda ini perlu dikawal.  
siapa yang berhak mengawal??
siri kita sendiri yang berhak mengawal kompiden level itu. jika orang lain melarang, sudah pasti kita akan memerahi mereka kembali, oleh itu, kita kena sentiasa mengingatkan diri kita san diri orang lain, hihihik..

apa la merapu malamnie, ok la, nak tido dah, selamat malam,

knyte :D

Saturday 9 November 2013

Love

its hard when you love someone that does't not love you.  we will feel suffer and deeply stress.
semua orang akan mengalami perasaan ini.  maknanya disini, perkara ini adalah biasa yang sebenarnya, cuma kita jangan terlalu memikirkanya.

apa yang penting kita luahkan perasaan itu kepada mereka yang kita minat itu, biarkan mereka tahu perasaan kita, tapi, ingat, bila luah perasaan, redha dengan jawapan yang bakal kita terima sama ada positif ataupun negatif.  juka positif dan mendapat tindak balas yang sesuai, maka, go on saja, tetapi, jika jawapan adalah tidak, sabar untuk seketika, bagi ruang kepada si dia, jangan memaksa orang untuk suka kita.

sebenarya perkara ini berlaku kepada diri saya. dan saya telah meluahkan perasaan itu.  Dia menjawab dengan baik, sangat sopan santun orangnya, walaupun cinta ini tidak diterima, saya cukup berpuas hati dengan jawapanya dan saya tetap akan menunggu jawapan yang lain. saya yakin Dia pasti akan datang nanti.

orangnya tidaklah cantik sangat pada pandangan saya, pada mata orang lain, mungkin tersangatlah cantik.  apa yang membuatkan saya suka kepada Dia kerana perangainya yang nakal, sangat banyak cakap, periang, dan sopan santun, pandai menjaga pergaulan, walaupun Dia dari bangsa lain, saya xkisah.!! :D

tidak mengapa lah budak, jika kamu menganggap saya sebagai kawan dahulu, maka saya masih lagi seperti kawan, jadilah seperti biasa, jangan berperangai pelik selepas kamu tahu hasrat hati ini.

ha lagi satu, perasaan tu kalau kita pendam, kita merana, sebab kita tak tahu status kita macamana, nanti satu kerja pun kita tak boleh buat kalau pikir masalah yang kecik tu, tak sepatutnya masuk dalam kepala.

saya berharap Dia baca entri ni, dan tahu apa yang terbuku dihati ini.

itu sahaja, sekian.

Monday 4 November 2013

Yes, I'm a stalker, and I'm in LOVE with you.

Assalamualaikum..

I ' am a stalker, and I'm in love with you.
I don't care and I don't mind.

Perkara itu lah yang bermain difikiran saya sekarang nie.  Nak diucap, tidak terluah, nak disimpan, xmampu menahan derita. ececeece, tapi, betul la, memang xtahan sudah membawa beban yang sangat berat ini, kalau dilihat, tidak ade benda pun yang dipikul, tetapi, hati ini membawa bumi dan isinya nak meluahkan rasa sayang dan cinta itu.

Perkara yang bermain difikiran sekarang jika perasaan ini diluahkan, mungkin baik dan mungkin tidak baik. kalau baik alhamdulillah, tetapi, risau jika keadaan berlaku sebaliknya. Jika dilihat sekarang, kami akrab, (xde la akrab sangat) baik, tetapi, jika terselit perasaan cinta, mungkin ukhwah yang dibina ini akan runtuh.  Jika nak diikutkan hati, ingin ku lamar dirimu sekarang, tidak kira la orang nak kata apa.

Ya ALLAH, berilah kekuatan kepada hambamu ini.  Kadang-kadang, terasa jugak diri ini gedik, tapi, sudah lumrah manusia, ALLAH ciptakan kita sebegini.

Dalam pemilihan jodoh, sekufu adalah penting.  apa yang terjadi pada saya, kali ini membuatkan saya berfikir lame, bukan sejenak, disebabkan oleh, dia sekufu ataupun tidak.?  susah ingin saya nyatakan, mungkin masih belum kenal rapat. maybe!!

Hopefully you're still single cik!! :)

Diharap juga, kamu membaca entri ini. sangat2 berharap. :)

Selamat malam

Luahan hati seorang manusia yang tidak keruan!

Thursday 24 October 2013

Hidup

manusia nie berbeza sebanarnya, apa yang kita lihat tidak semestinya sama apa yang kita lihat.
tidak kira dari segi paras rupa atau perangai.  misalnya dalam gambar, kita tengok xde la cantik mane pon, tapi, bila dekat luar nie, wah, rupenye cun melecun pun ade, ade yang kite tengok dalam gambar, nampak baik air mukenye, tapi, dekat luar, tidak begitu pun.

susah nak mengenali seseorang tanpa kita berkawan dengan mereka telebih dahulu
apa yang penting kawan-kawan senang nak cari, sahabat susah nak cari.

hargailah sahabat anda. :)

selamat malam.

Friday 11 October 2013

Petang Jumaat

Umi menelefon td bertanyakan.  "ade dekat mane dah?"sy jawab"kat bilik.  Tak balik lagi? belom la mie,, ade kelas ahad. LOr ingatkan dah balik. hahahaha

tu menunjukkan keluarga kita dah mula merindui kita. so, kepada mereka ang sudah balik. selamat pulang ke tanah air,, hati2.. :) selamat hari raya aidiladha sama!! :D

Wednesday 9 October 2013

Best Moment. :)

Permainan upih pinang merupakan permainan tradisional yang dimainkan suatu ketika dahulu.  Jika kita tanya budak-budak pada hari ini, berkemungkinan mereka tidak mengenali permainan itu lagi disebabkan oleh sekarang mereka lebih suka bermain alatan eletronik bagi mengantikan permainan tradisional nie.

ni la main upih, hahhaa. dalam selut tu, tu yang fun.  gamba nie diambil semasa program sanggar budaya. anjuran USIM.. kami berlapan mewakili uum ke Kg Air hitam..
Keluarga yang kami dapat pulak, memang sporting.  saya dapat makcik Embun sebagai mak angkat. meskipun beliau sudah berumur, beliau tidak jemu melayan kerenah kami bertiga.!! ni la adik saya, faiz namanya dari UNIMAP.



abg saya kacak.. anda mesty xsangka beliau adalah abang saya..Mr Awwal Saad.. student Ph.D Usim.. mengajar Fizik..

sebenarnya, saya sudah mula merindui mereka, kalau saya pergi ke rumah emak angkat nie, memang mereka tiada kat umah tu pun!  bercadang jugak nak pergi melawat sebelum balik cuti raya haji sabtu nie, in shaa allah.. :)

ok la sahabat sekalian, berundur dlu. dah jam 1:12pg..

nanti kita ketemu lagi!! tada!!

Saturday 5 October 2013

Serupa tapi xsama?

jatuh terduduk, termenung. tiada perkataan yang dapat ku luahkan bila terlihat wajah itu. allahurabbi.
tp, tidak mengapa lah, biarkan dia.. kehidupan harus diteruskan,sila sambung cerita tersebut... novel. hihihihik..

haaa. nanti akan saya uploadkan gambar di jerlun. bersama kanak2 rebina. hehee... nunyte. :)

Tuesday 1 October 2013

Kau berlari ku terdiam, ku menangis kau tersenyum

Lama sudah tidak mencoret disini. Tersangat banyak cerita yang ingin saya coretkan, tetapi, tidak berkesempatan.  Disepanjang tidak mencoret, banyak peristiwa telah berlaku.  tetapi, biarkanlah, sebab sejarah yang berlalu nie, tidak mungkin akan berlaku.  kita sebagai pelaku, jangan biarkan sejarah sama berulang banyak kali.

esok ade program dekat air hitam, jika berkesempatan, saya akan mencoret lagi. :)
nak memulakn coretan sangatlah berat, tapi, bila mula menulis, akan ada benda yang akan ditulis,,, sekian.! :)
sayang korang.

wasalam.

Thursday 10 January 2013

SELAMAT TINGGAL UUM UNTUK SEMESTER PERTAMA 2012/2013..

Assalamualaikum n peace yoe!!^^

Selamat tinggal UUm menjadi entri En riYo pada pagi yang indah in...
Sekarang nie tengah get ready untuk bertolak balik sebenarnya, hasrat di hati, nk tungguu subuh sekejap, den bertolakklah ke kelantan darul naim.. negeri yang ku saYang... heheheh..

Sedar tak sedar, sekarang nie, saya dah berada di penghujung semester. Sekarang nie, saya dah semester tiga, dan lepas cuti ni, da sem 4!! wah, kelihatan sangat tua disitu. hehe,, walaupun fizikal nampak tua, tetapi, jiwa muda beb! :D..

Dikesempatan nie, saya ingin memohon maaf dari para sahabat yang mengenali dan kepada sesiapa yang membaca entri ini, saya memohon maaf dari ujong rambut, sampai hujung kaki, sekiranya ada tersalah kata, tersilap bicara,, andai ada gurau tawa yang tidak disenangi oleh sahabat2 saya memohon maaf, kerana itu adalah kelemahan saya sendiri...

saya akan bertolak seorang diri je nie, doakan, keselamatan n kesejahteraan saya juga ea?? :D

kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi..
kalau ada umur yang panjang..
moga kita bersua lagi..

selamat yer semua.. ^^


wasalam..

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum n peace you!^^:)..

Sambutan tahun baru yang xberapa bererti pada tahun ini, hohoho,, disebabkan oleh berkebetulan berhadapan dengan final exam...

tetapi, tidak mengapalah, bila sudah abis exam nanti kite sambut la ye tahun baru tu..

by da way, abe mad nk ucapkan, selamat tahun baru, tanam azam baik2 n cuba capai walaupun azam tahun lalu belom tercapai.. :)

apa2 pon, perlu kita ingat, tahun 2012 tidak akan kita temui lagi, tidak kira la kite buat camane skalipon, kerana tahun 2012 sudah menjadi 1 sejarah..

oleh sebab itu, cuba hargai tahun 2013 dengan sebaik mungkin,.  coretlah Dia dengan kenangan2 manis, agar kenangan pada tahun ini dapat kita kenang disepanjang hidup kita.. :)

Sedang asyik memberi peringatan kepada orang lain, diri ini sendiri sudah lupa untuk dimotivasikan,, keh3x.. :P..  azam sy sendiri pada tahun ini, akan cuba untuk mencapai, atau melaksanakan dengan sempurna azam2 tahun lalu yang masih belom tercapai.. akan saya perbaiki solat saya, agar boleh cuba untuk bersoalat diawal waktu, akan cuba untuk menjadi orang yang ringan tangan dll,. xtau la mampu ke tidak ye??

tapi, tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kita cuba, belum cuba, belom tentu, haa! ok lah, nk study la kejap, esk ade pper pentadbiran kewangan, blom study g nih, risau gak kalo pk, tp, xpe lah, xpyh pk.. ahahha :D eee, jahatnya DIRI INI!! 

ok lah, mog aketemu lagi.. 

assalamualaikum.wbt..