Sunday 30 December 2012

FIRST PAPER YANG PERTAMA ^^

Assalamualaikum n peace yoe^^ :)..

Sedang asyik berfikir, tibe2 rase nk menulis sedikit sebelom, tidor.. esok merupakan hari pertama saya akan menghadapi Final exam!! Argh~ banyak lagi yang belom cover,


yang sebenornye, hati ni terlalu risau sehingga tak tau nkwat ape2 dah, bace pon, xtau lah melekat ke tidak dalam fikiran ini,, semuanya hanyut bagaikan layang2 terputus tali.. hadeh, apalah rezkiku untuk sem nih,, sem yang paling terok la kalau dikira sepanjang berada di universiti ini...


apa2 pon, kepada sesiapa yang membaca entri saya pada malam ini, harap member2 semua bersama2 doakan kejayaan kita bersama, doakan saya juga ea?? amin.. hehhe.. 


ok la,, nk tido dah ni, jam menujukkan 3.25am.. jumpa lagi


wasalam.. ^^

Tuesday 25 December 2012

KISAH SI KAYA DAN SI MISKIN.. :)


Kak Ros dengan Din Pak…

Kak Ros dan Din Pak adalah jiran. Kak Ros adalah seorang taukeh tanah dan Din Pak cumalah seorang petani yang miskin.

Din Pak seorang yang relaks dan gembira sentiasa. Mindanya tenang dan aman. Pada waktu malam, Din Pak tak tutup pintu mahupun tingkat ketika tidur. Tidurnya cukup nyenyak setiap malam. Meskipun miskin, beliau mempunyai satu kehidupan yang aman dan tenang.

Kak Ros pula sebaliknya – beliau sentiasa hidup dalam keadaan tension. Pintu dan tingkap rumahnya selalu menjadi tumpuan pada waktu malam – beliau mesti memastikannya ditutup berlapis-lapis. Beliau tidak tidur lena kerana sering terbayang ada perompak yang bakal masuk ke rumah untuk mengambil duitnya.

Kak Ros amat iri hati dengan ketenangan yang dinikmati oleh Din Pak.

Satu hari, Kak Ros memanggil Din Pak dan memberikannya satu kotak penuh dengan duit kertas berjumlah RM40 juta.

“Din Pak, kawanku, saya dikurniakan kekayaan melampau kerana mahir menabung dari kecil. Tapi saya dapati Din Pak dalam kemiskinan. Ambillah duit tak seberapa ini dan hiduplah dalam kemakmuran,” kata Kak Ros kepada Din Pak.

Din Pak cukup gembira dengan duit hadiah tersebut. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih pada Kak Ros. Din Pak dan senyuman dan kegembiraannya cukup terpancar di siang hari.

Malam mendatang, Din Pak hendak tidur seperti biasa. Tapi hari ini, beliau tidak dapat tidur. Beliau bangun dan sembahyang sunat, tapi masih tidak dapat tidur.

Beliau pergi menutup pintu dan tingkap. Masih tak boleh tidur. Beliau lihat pada kotak duit RM40 juta yang diberi Kak Ros. Satu malam beliau terganggu dalam tidur beliau.

Sejurus solat subuh, Din Pak terus mengambil kotak duit RM40 juta ke rumah Kak Ros. Beliau memberi balik kepada Kak Ros.

“Wahai kawanku. Ya saya dalam kemiskinan. Tapi kotak duit ini telah merompak ketenangan hidup saya semalam. Maafkan saya, dan ambillah balik duit ini,” kata Din Pak yang mengejutkan Kak Ros.

CREDIT TO: DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN.

Monday 24 December 2012

JIN IFRIT MENCURI CINCIN NABI SULAIMAN A.S.


Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga angin pun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.


Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.  Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
        

     Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir aalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya

sumber:http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=345:jin-ifrit-mencuri-cincin-nabi-sulaiman-as&catid=10:kisah-dan-tauladan&Itemid=74

Sunday 23 December 2012

DENGAN NAMA ALLAH, IZINKAN AKU MELAMARMU. :)

Assalamualaikum, n peace yoe^^ :) tergerak hati pada malam ini untuk mencoret di dinding blog kesayangan. hehehe,, yang sebenarya, saya tidak ada di bilik pon pada ketika ini, saya berada di Lapangan Terbang Bayan Lepas pulau pinang.. :: bersama sahabat dan yang tersayang^^ wah~~ sweet!!!

saya merasakan hari ni merupakan antara hari yang paling indah. hari yang tidak boleh dilupakan. Hari pertama datang pesta Penang Sungai nibong. Rasa2 macam xrugi la datang walaupun makanan kat gerai tadi xsedap langsung, dengan masin, mahal pulaktuh! pui! memang xmasuk dah gerai tu nanti..

Apa2 pun, saya berterima kasih kepada si dia, kerana sudi mengajak saya menaiki top gun untuk yang sekian kalinya dalam sejarah hidup, walaupun, saya tidak mengeluarkan sebarang suara! hahha.. katanya, nk jadikan itu satu sejarah yang untuk dikenang dan dihargai.. hahaha,, awk, maafkan kita sbb kita xbertempik langsung, sekadar luahan yang xtau la awk denga ke x ape yg kite bgtau kat kamu tad!!  :)

Dekat pesta ni, ada berbagai jenis manusia yang boleh dilihat, ada yang bergaduh, ada yang menjerit ada yang macam2 lagi lah, yang mencolok mata dan kawan2nya, tapi, ada satu soalan, "kenapa perempuan suka menjerit?? "haha,, kalau da tau, nanty jangan lupe komen kat bawah..

mungkin itu sahaja coretan untuk malam inni.. nanty kalau berkesempatan saya mencoret lagi.. 

wslm.. :)


p/s: gembira melihat kamu tersenyum.. <3 u .. :P

Friday 21 December 2012

PETANG JUMAAT YANG TENANG.


Assalamualaikum n peace yoe^^
alhamdulillah, pada minggu nie, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah, untuk bernafas di muka bumiNya, selawat dan salam atas junjungan nabi muhammad swt...
tiba2 datangnya idea untuk mencoret hari ni, teringat saya pada satu video Tg Haji Musa.. atau lebih dikenali tok ayah musa, tumpat kelantan, beliau seorang yang teramatlah zuhud.  hari nie, saya bukan nk bercerita tentang beliau tetapi tentang cerita yang di ceritakan oleh beliau dalam satu bidio yang ya jumpa dekat youtube.. link saya xingat dah... 


Ada satu kisah di dalam kita Mukashafat al-Quloob karya imam al ghazali.. bercerita tentang selawat. pada suatu hari ada seorang hamba Allah bernama sufian suri, beliau pada ketika itu, sedang tawaf mengelilingi ka'bah.  ditepinya ada seorang pemuda.Dilihatnya (sufian suri ) kepada pemuda tersebut, setiap langkah yang dilalui oleh pemuda tersebut diiringi selawat kepada rasulullah, swt.allahumasalia'la syaidina muhammad3x. lalu, sufian suri tadi, xleh bersabar, lalu ditanya kepada anak muda tersebut. "hei anak muda, kenapa saya dengar dari tadi lagi sampai sekarang kamu hanya berselawat kepada rasulullah sahaja? sedangkan rasulullah sudah meninggalkan doa2 semasa untuk tawaf tu,setiap  kali tawaf berbeza setiap bacaan, 7x tawaf, ada 7 doa yang berbeza. jadi, saya dengar, kamu hanya berselawat keatasa nabi muhammad swt sahaja. Lalu pemuda tersebut melihat kepada sufian suri tadi. lalu, pemuda tersebut bertanya kepada sufian suri tadi "tuan nie siapa?" sufian suri menjawab,"sayalah sufian suri".  pemuda itu lalu memohon maaf, saya denganr nama sufian suri nie, memang mashur namanya,mempunyai beribu orang yang berguru denganya. ini kali pertama saya dapat melihat wajah  tuan. jika tuan yang tanya, saya akan menceritakan kepda tuan.


Setahun lalu, saya datang melaksanakan kerja haji bersama ayah saya.  jadi, apabila sampai ke sini, ayah saya sakit lalu saya memangku kepala beliau diatas paha saya, sambil2 berdoa supaya cepat sembuh kerana nak buat haji nie. tetapi, semakin lama, ayah saya semakin tenat, dan nazak, lalu, meninggal dunia.  apabila, terlepas ruh dari jasad tu,muka ayah saya td terus berubah menjadi hitam legam,  lalu, saya menangis, ALLAH,, kenapa la ayah sampai jadi macamnie, kenapa la berubah macamnie, apakah dosa yang dah ayah buat, lalu, saya mengambil kain dan menutup jasad ayah saya tadi sambil istigfar kepada beliau, Ya ALLAH ya tuhanku, ampunkanlah dosa dia, ampunkanlah dosa dia sambil menangis,  jadi, semasa istigfar tadi, saya terlena dan tertidur.  lalu dalam tidur saya tu, saya nampak seorang pemuda cantik, rupawan berseri2, datang kearahnya lalu duduk, pemuda itu membuka kain lalu menyapu muka ayahnya sebanyak 3x tiba2, muka ayahnya tadi yang hitam legam, berubah menjadi berseri2.  cerah, bersinar2, masyaallah,, lalu pemuda itu menutup kembali kain tadi, setelah itu, pemuda itu memeluk kaki pemuda yang tampan itu tadi dan bertanya " tuan nie siapa"? pemuda tampan itu menjawab, saya la rasulullah.. jadi kamu ingin tahu kenapa wajah ayah kamu menjadi sebegini,. Suatu ketika dahulu, ayah kamu merupakan seorang yang fasik, segala jenis kejahatan dia buat, kecuali satu dia x tinggal, lidah dia sentiasa basah berselawat kepada ku,  bila dia meninggal, lalu saya memberi syafaat. pemuda tadi tersedar dari tidur, lalu,  pemuda yang kematian ayah tadi membuka kain yang menutup wajah ayahnya tadi, dilihat wajah ayahnya berseri2 seperti dalam mimpi dia tadi. semenjak itu, saya tidak meninggalkan selawat keatas nabi muhammad swt..  lalu, sufian suri pun berkata, kamu sudah mendapat ijazah besar dari rasulullah sendiri, dan sejak hari ini, saya xkan menegur kamu, ada makshurah ke, xde ke, saya xtegur dh. ^^


moral of the story: perbanyakkan selawat kepada nabi muhammad.. sekiranya kita berselawat ke atas nabi satu selawat, nescaya allah berselawat keatasnya sebanyak 10 selawat..
sekian.. wslm.. 

Tuesday 18 December 2012

KISAH SEORANG NENEK DAN CUCUNYA YANG MANJA.

Cucu Mak Ngah yang manja berkahwin… Mak Ngah cukup bimbang dengan cucu perempuannya, Puteri tidak dapat bertahan dengan asam garam rumahtangga bersama suaminya…Di majlis perkahwinan cucunya, Mak Ngah menghadiahkan sebuah buku akaun dengan duit RM2,000 di dalamnya.“Puteri, ambil ini hadiah nenek untuk perkahwinan Puteri. Gunakan ini sebagai diari perkahwinan Puteri. Apabila ada perkara yang gembira dan bahagia berlaku dalam kehidupan rumahtangga Puteri, Puteri masukkan duit ke dalam dan catatkan di tepinya peristiwa yang berlaku. Semakin gembira sesuatu perkara untuk kenangan, masukkan lebih banyak duit. Nenek hari ini dah masuk RM2,000 sebab gembira Puteri akhirnya dapat berkahwin. Yang lain buat bersama suami Puteri…” kata Mak Ngah kepada cucunya.“Peliklah nenek, jarang orang bagi buku akaun sebagai hadiah. Apapun terima kasih. Puteri sayang nenek,” kata Puteri sambil memeluk neneknya.Puteri berkongsi perkara tersebut dengan suaminya – dan suaminya memuji idea Mak Ngah dan mereka mula memasukkan duit setiap kali mereka merasa gembira atas peristiwa tertentu.Lima bulan berlaku catatan di dalam buku akaun kelihatan seperti di bawah:29 Mei: RM1000, Suami beli kereta baru untuk Puteri19 Jun: RM300, sambutan harijadi pertama suami setelah berkahwin4 Jul: RM200, Umrah ke Mekah8 Ogos: RM1500, Suami nak gaji naik pangkat1 Oct: RM500, Puteri mengandungDan seterusnya…Setelah beberapa tahun, Puteri tidak akan dengan kehidupan asam garam rumah tangga dan sering bergaduh dengan suaminya yang semakin sibuk bekerja.Pertuturan mereka berkurangan… dan mereka selalu bergaduh mengenai benda-benda yang remeh. Sampai satu waktu, kedua-dua merasa menyesal untuk berkahwin, dan merasakan mereka telah berkahwin dengan orang yang paling teruk di dunia ini. Perasaan sayang sudah hilang.Puteri balik berjumpa dengan Mak Ngah, “Nenek, kami dah tak tahan. Maka kami dah buat keputusan untuk bercerai. Puteri tak tahu macam mana boleh berkahwin dengan orang seperti ini.”Mak Ngah senyum…. Sambil berkata “Boleh. Tak ada masalah. Buatlah apa sahaja yang Puteri suka jika betul tak tahan. Tapi sebelum itu, minta buat satu perkara. Ingatkah buku akaun yang nenek hadiahkan pada Puteri masa berkahwin dulu. Puteri kena habiskan semua duit dalam buku akaun itu dulu sebelum bercerai. Jangan ada sebarang catatan yang tinggal untuk perkahwinan yang teruk ini.”Puteri terkejut neneknya akan menyokong dengan begitu selamba tapi Puteri bersetuju untuk menghabiskan duit dalam buku akaun tersebut dulu.Puteri balik ke rumah mencari buku akaun tersebut yang sudah lama tidak disentuhnya dan suaminya dan terus ke bank untuk menutup akaun. Tapi bank terlalu ramai orang sedang beratur menunggu giliran. Ketika menunggu, Puteri membelek buku akaun tersebut. Puteri baca dan baca dan baca… semua perkara yang gembira kembali sebagai kenangan. Matanya bergelinang dengan air mata. Puteri meninggalkan bank dan balik ke rumah.Apabila suaminya pulang, Puteri memberitahunya untuk menghabiskan duit dalam buku akaun tersebut dahulu sebelum bercerai. Seperti Puteri, suaminya juga telah pergi ke bank keesokan harinya untuk mengeluarkan duit. Ketika menunggu di bank, suaminya turut membelek buku akaun tersebut, segala kenangan manis kembali ke minda. Mata suaminya menjadi merah penuh air mata. Beliau balik mencari Puteri.Sebaik tiba di rumah, suaminya menyerahkan buku akaun kepada Puteri. Puteri membeleknya untuk melihat samada duit sudah dihabiskan. Puteri terkejut buku akaunnya ada tambahan RM10,000 deposit yang baru.Di tepi RM10,000 itu tercatat, “Hari ini abang baru sedar betapa sayangnya abang pada Puteri selama ini. Betapa bahagianya kita berdua dan betapa banyak kegembiraan yang Puteri bawa pada abang.”Puteri dan suaminya saling bermaafan dan kembali hidup dalam kebahagiaan.“Ini semua jasa nenek dan buku akaunnya….” bisik Puteri.Jika anda terasa terkesan dengan cerita ini, kongsilah kepada mereka-mereka yang memerlukannya.Senyum.credit to: https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/505464729493872

LUPAKAN AKU, KEMBALI PADANYA, AKU BUKAN SIAPA-SIAPA.


Mengapakah tajuk nie menjadi entri pada malam ini, semestinya menimbulkan persoalan dihati para sahabat, yang sebenarnya hati terdetik untuk menulis entri ini apabila terdengar lagu dimansiv, lalu, sy pon bermain lah gitar, walaupun xberapa pandai, kucuba juga untuk memetik sebaik mungkin.. hehehe.. ni la chord dan lirik lagu tu. :

Song: Dmasiv - Diantara Kalian


                       Am
kuakui,ku sangat-sangat menginginkanmu
C              G              F#m
tapi kini kusadar ku diantara kalian

Am
aku
        Bm
tak mengerti
    C              D
ini semua harus terjadi

Em                     Am
ku akui ku sangat-sangat mengharapkan mu
C
tapi kini kusadar
G         F#m
ku takkan bisa


Am
aku
Bm
tak mengerti
C                 D
ini semua harus terjadi

Am      D
lupakan aku
G       C
kembali padanya
Am  B     Em
aku bukan siapa-siapa
D
untuk mu

Am      D
kucintaimu
G       C
tak brati bahwa
Am      B        C
ku harus memiliki mu slamanya


Guitar solo
E----------------------------I-----------------------|I
A----------------------------I-----------------------|I
D----------------------------I-----------------------|I
G-7h9p7--5-----5-------5\----I------5-----5-----7b9--|I
B-----------7-------7--------I--/7-----7-----7-------|I
E----------------------------I-----------------------|I


E----------------------------I-----------------------------|I
A----------------------------I-----------------------------|I
D----------------------------I-----------------------------|I
G-7h9p7--5-----5-------5\----I------5-----5---5h7p5p4-----|I
B-----------7-------7--------I--/7-----7-------------------|I
E----------------------------I-----------------------------|I

E-----------------------------|I
A----------7h9^^--9p7---------|I
D--------7------------7-------|I
G---/7h9----------------7-5---|^I
B-----------------------------|I
E-----------------------------|I

E-------------------------------------9---9------------------------------|I
A----------7h9^^--9p7-----8/10--10-10b12-b12r10--10b12r10-8---8-10-8^^---|I
D--------7------------7-------------------------------------9------------|I
G---/7h9----------------7------------------------------------------------|I
B------------------------------------------------------------------------|I
E------------------------------------------------------------------------|I



E----------15--15---15---15-----14----15---|I
A--/15--15b17-b17--b17--b17-r15----15------|I
D------------------------------------------|I
G------------------------------------------|I
B------------------------------------------|I
E------------------------------------------|I
sumber:http://tabs.ultimate-guitar.com/d/dmasiv/diantara_kalian_crd.htm
ha, ni die, kalo korang free,, cube la tgok n main2 yer.. :) selamat mencuba..