Friday 21 December 2012

PETANG JUMAAT YANG TENANG.


Assalamualaikum n peace yoe^^
alhamdulillah, pada minggu nie, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah, untuk bernafas di muka bumiNya, selawat dan salam atas junjungan nabi muhammad swt...
tiba2 datangnya idea untuk mencoret hari ni, teringat saya pada satu video Tg Haji Musa.. atau lebih dikenali tok ayah musa, tumpat kelantan, beliau seorang yang teramatlah zuhud.  hari nie, saya bukan nk bercerita tentang beliau tetapi tentang cerita yang di ceritakan oleh beliau dalam satu bidio yang ya jumpa dekat youtube.. link saya xingat dah... 


Ada satu kisah di dalam kita Mukashafat al-Quloob karya imam al ghazali.. bercerita tentang selawat. pada suatu hari ada seorang hamba Allah bernama sufian suri, beliau pada ketika itu, sedang tawaf mengelilingi ka'bah.  ditepinya ada seorang pemuda.Dilihatnya (sufian suri ) kepada pemuda tersebut, setiap langkah yang dilalui oleh pemuda tersebut diiringi selawat kepada rasulullah, swt.allahumasalia'la syaidina muhammad3x. lalu, sufian suri tadi, xleh bersabar, lalu ditanya kepada anak muda tersebut. "hei anak muda, kenapa saya dengar dari tadi lagi sampai sekarang kamu hanya berselawat kepada rasulullah sahaja? sedangkan rasulullah sudah meninggalkan doa2 semasa untuk tawaf tu,setiap  kali tawaf berbeza setiap bacaan, 7x tawaf, ada 7 doa yang berbeza. jadi, saya dengar, kamu hanya berselawat keatasa nabi muhammad swt sahaja. Lalu pemuda tersebut melihat kepada sufian suri tadi. lalu, pemuda tersebut bertanya kepada sufian suri tadi "tuan nie siapa?" sufian suri menjawab,"sayalah sufian suri".  pemuda itu lalu memohon maaf, saya denganr nama sufian suri nie, memang mashur namanya,mempunyai beribu orang yang berguru denganya. ini kali pertama saya dapat melihat wajah  tuan. jika tuan yang tanya, saya akan menceritakan kepda tuan.


Setahun lalu, saya datang melaksanakan kerja haji bersama ayah saya.  jadi, apabila sampai ke sini, ayah saya sakit lalu saya memangku kepala beliau diatas paha saya, sambil2 berdoa supaya cepat sembuh kerana nak buat haji nie. tetapi, semakin lama, ayah saya semakin tenat, dan nazak, lalu, meninggal dunia.  apabila, terlepas ruh dari jasad tu,muka ayah saya td terus berubah menjadi hitam legam,  lalu, saya menangis, ALLAH,, kenapa la ayah sampai jadi macamnie, kenapa la berubah macamnie, apakah dosa yang dah ayah buat, lalu, saya mengambil kain dan menutup jasad ayah saya tadi sambil istigfar kepada beliau, Ya ALLAH ya tuhanku, ampunkanlah dosa dia, ampunkanlah dosa dia sambil menangis,  jadi, semasa istigfar tadi, saya terlena dan tertidur.  lalu dalam tidur saya tu, saya nampak seorang pemuda cantik, rupawan berseri2, datang kearahnya lalu duduk, pemuda itu membuka kain lalu menyapu muka ayahnya sebanyak 3x tiba2, muka ayahnya tadi yang hitam legam, berubah menjadi berseri2.  cerah, bersinar2, masyaallah,, lalu pemuda itu menutup kembali kain tadi, setelah itu, pemuda itu memeluk kaki pemuda yang tampan itu tadi dan bertanya " tuan nie siapa"? pemuda tampan itu menjawab, saya la rasulullah.. jadi kamu ingin tahu kenapa wajah ayah kamu menjadi sebegini,. Suatu ketika dahulu, ayah kamu merupakan seorang yang fasik, segala jenis kejahatan dia buat, kecuali satu dia x tinggal, lidah dia sentiasa basah berselawat kepada ku,  bila dia meninggal, lalu saya memberi syafaat. pemuda tadi tersedar dari tidur, lalu,  pemuda yang kematian ayah tadi membuka kain yang menutup wajah ayahnya tadi, dilihat wajah ayahnya berseri2 seperti dalam mimpi dia tadi. semenjak itu, saya tidak meninggalkan selawat keatas nabi muhammad swt..  lalu, sufian suri pun berkata, kamu sudah mendapat ijazah besar dari rasulullah sendiri, dan sejak hari ini, saya xkan menegur kamu, ada makshurah ke, xde ke, saya xtegur dh. ^^


moral of the story: perbanyakkan selawat kepada nabi muhammad.. sekiranya kita berselawat ke atas nabi satu selawat, nescaya allah berselawat keatasnya sebanyak 10 selawat..
sekian.. wslm.. 

No comments:

Post a Comment