Tuesday 18 December 2012

KISAH SEORANG NENEK DAN CUCUNYA YANG MANJA.

Cucu Mak Ngah yang manja berkahwin… Mak Ngah cukup bimbang dengan cucu perempuannya, Puteri tidak dapat bertahan dengan asam garam rumahtangga bersama suaminya…Di majlis perkahwinan cucunya, Mak Ngah menghadiahkan sebuah buku akaun dengan duit RM2,000 di dalamnya.“Puteri, ambil ini hadiah nenek untuk perkahwinan Puteri. Gunakan ini sebagai diari perkahwinan Puteri. Apabila ada perkara yang gembira dan bahagia berlaku dalam kehidupan rumahtangga Puteri, Puteri masukkan duit ke dalam dan catatkan di tepinya peristiwa yang berlaku. Semakin gembira sesuatu perkara untuk kenangan, masukkan lebih banyak duit. Nenek hari ini dah masuk RM2,000 sebab gembira Puteri akhirnya dapat berkahwin. Yang lain buat bersama suami Puteri…” kata Mak Ngah kepada cucunya.“Peliklah nenek, jarang orang bagi buku akaun sebagai hadiah. Apapun terima kasih. Puteri sayang nenek,” kata Puteri sambil memeluk neneknya.Puteri berkongsi perkara tersebut dengan suaminya – dan suaminya memuji idea Mak Ngah dan mereka mula memasukkan duit setiap kali mereka merasa gembira atas peristiwa tertentu.Lima bulan berlaku catatan di dalam buku akaun kelihatan seperti di bawah:29 Mei: RM1000, Suami beli kereta baru untuk Puteri19 Jun: RM300, sambutan harijadi pertama suami setelah berkahwin4 Jul: RM200, Umrah ke Mekah8 Ogos: RM1500, Suami nak gaji naik pangkat1 Oct: RM500, Puteri mengandungDan seterusnya…Setelah beberapa tahun, Puteri tidak akan dengan kehidupan asam garam rumah tangga dan sering bergaduh dengan suaminya yang semakin sibuk bekerja.Pertuturan mereka berkurangan… dan mereka selalu bergaduh mengenai benda-benda yang remeh. Sampai satu waktu, kedua-dua merasa menyesal untuk berkahwin, dan merasakan mereka telah berkahwin dengan orang yang paling teruk di dunia ini. Perasaan sayang sudah hilang.Puteri balik berjumpa dengan Mak Ngah, “Nenek, kami dah tak tahan. Maka kami dah buat keputusan untuk bercerai. Puteri tak tahu macam mana boleh berkahwin dengan orang seperti ini.”Mak Ngah senyum…. Sambil berkata “Boleh. Tak ada masalah. Buatlah apa sahaja yang Puteri suka jika betul tak tahan. Tapi sebelum itu, minta buat satu perkara. Ingatkah buku akaun yang nenek hadiahkan pada Puteri masa berkahwin dulu. Puteri kena habiskan semua duit dalam buku akaun itu dulu sebelum bercerai. Jangan ada sebarang catatan yang tinggal untuk perkahwinan yang teruk ini.”Puteri terkejut neneknya akan menyokong dengan begitu selamba tapi Puteri bersetuju untuk menghabiskan duit dalam buku akaun tersebut dulu.Puteri balik ke rumah mencari buku akaun tersebut yang sudah lama tidak disentuhnya dan suaminya dan terus ke bank untuk menutup akaun. Tapi bank terlalu ramai orang sedang beratur menunggu giliran. Ketika menunggu, Puteri membelek buku akaun tersebut. Puteri baca dan baca dan baca… semua perkara yang gembira kembali sebagai kenangan. Matanya bergelinang dengan air mata. Puteri meninggalkan bank dan balik ke rumah.Apabila suaminya pulang, Puteri memberitahunya untuk menghabiskan duit dalam buku akaun tersebut dahulu sebelum bercerai. Seperti Puteri, suaminya juga telah pergi ke bank keesokan harinya untuk mengeluarkan duit. Ketika menunggu di bank, suaminya turut membelek buku akaun tersebut, segala kenangan manis kembali ke minda. Mata suaminya menjadi merah penuh air mata. Beliau balik mencari Puteri.Sebaik tiba di rumah, suaminya menyerahkan buku akaun kepada Puteri. Puteri membeleknya untuk melihat samada duit sudah dihabiskan. Puteri terkejut buku akaunnya ada tambahan RM10,000 deposit yang baru.Di tepi RM10,000 itu tercatat, “Hari ini abang baru sedar betapa sayangnya abang pada Puteri selama ini. Betapa bahagianya kita berdua dan betapa banyak kegembiraan yang Puteri bawa pada abang.”Puteri dan suaminya saling bermaafan dan kembali hidup dalam kebahagiaan.“Ini semua jasa nenek dan buku akaunnya….” bisik Puteri.Jika anda terasa terkesan dengan cerita ini, kongsilah kepada mereka-mereka yang memerlukannya.Senyum.credit to: https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/505464729493872

2 comments: