Friday 15 November 2013

Serabut

Bila hati dah serabut, macam2 benda boleh buat, yang paling afdal berserah diri kepada Allah,. nescaya kita dapat merasakan ketenangan itu.

baru sampai dari rumah nie., hehe, penat sedikit, tidak mengapa, demi keluarga tercinta.

ok la, nak rehat. selamat pagi! :)

Sunday 10 November 2013

Kompiden( keyakinan diri)

Yang sebenarnya, kita perlu yakin dengan segala tindakan yang kita  buat, keyakinan itu perlu, kerana akan memberi keberanian kepada kita.  setiap aspek yang kita buat perlu kita yakin, tidak kira kita seorang entertainer, kita seorang pelajar, kita seorang guru, kita seorang prof, kita seorang ibu, kita seorang bapa dan? sebagainya yang berkaitan lah.  hal ini disebabkan oleh akan memberikan kita rasa puas hati.

yang kita tak hendaknya bila over kompiden.  Bila perkara ini berlaku, masalah lain pulak yang akan timbul, dan benda ini perlu dikawal.  
siapa yang berhak mengawal??
siri kita sendiri yang berhak mengawal kompiden level itu. jika orang lain melarang, sudah pasti kita akan memerahi mereka kembali, oleh itu, kita kena sentiasa mengingatkan diri kita san diri orang lain, hihihik..

apa la merapu malamnie, ok la, nak tido dah, selamat malam,

knyte :D

Saturday 9 November 2013

Love

its hard when you love someone that does't not love you.  we will feel suffer and deeply stress.
semua orang akan mengalami perasaan ini.  maknanya disini, perkara ini adalah biasa yang sebenarnya, cuma kita jangan terlalu memikirkanya.

apa yang penting kita luahkan perasaan itu kepada mereka yang kita minat itu, biarkan mereka tahu perasaan kita, tapi, ingat, bila luah perasaan, redha dengan jawapan yang bakal kita terima sama ada positif ataupun negatif.  juka positif dan mendapat tindak balas yang sesuai, maka, go on saja, tetapi, jika jawapan adalah tidak, sabar untuk seketika, bagi ruang kepada si dia, jangan memaksa orang untuk suka kita.

sebenarya perkara ini berlaku kepada diri saya. dan saya telah meluahkan perasaan itu.  Dia menjawab dengan baik, sangat sopan santun orangnya, walaupun cinta ini tidak diterima, saya cukup berpuas hati dengan jawapanya dan saya tetap akan menunggu jawapan yang lain. saya yakin Dia pasti akan datang nanti.

orangnya tidaklah cantik sangat pada pandangan saya, pada mata orang lain, mungkin tersangatlah cantik.  apa yang membuatkan saya suka kepada Dia kerana perangainya yang nakal, sangat banyak cakap, periang, dan sopan santun, pandai menjaga pergaulan, walaupun Dia dari bangsa lain, saya xkisah.!! :D

tidak mengapa lah budak, jika kamu menganggap saya sebagai kawan dahulu, maka saya masih lagi seperti kawan, jadilah seperti biasa, jangan berperangai pelik selepas kamu tahu hasrat hati ini.

ha lagi satu, perasaan tu kalau kita pendam, kita merana, sebab kita tak tahu status kita macamana, nanti satu kerja pun kita tak boleh buat kalau pikir masalah yang kecik tu, tak sepatutnya masuk dalam kepala.

saya berharap Dia baca entri ni, dan tahu apa yang terbuku dihati ini.

itu sahaja, sekian.

Monday 4 November 2013

Yes, I'm a stalker, and I'm in LOVE with you.

Assalamualaikum..

I ' am a stalker, and I'm in love with you.
I don't care and I don't mind.

Perkara itu lah yang bermain difikiran saya sekarang nie.  Nak diucap, tidak terluah, nak disimpan, xmampu menahan derita. ececeece, tapi, betul la, memang xtahan sudah membawa beban yang sangat berat ini, kalau dilihat, tidak ade benda pun yang dipikul, tetapi, hati ini membawa bumi dan isinya nak meluahkan rasa sayang dan cinta itu.

Perkara yang bermain difikiran sekarang jika perasaan ini diluahkan, mungkin baik dan mungkin tidak baik. kalau baik alhamdulillah, tetapi, risau jika keadaan berlaku sebaliknya. Jika dilihat sekarang, kami akrab, (xde la akrab sangat) baik, tetapi, jika terselit perasaan cinta, mungkin ukhwah yang dibina ini akan runtuh.  Jika nak diikutkan hati, ingin ku lamar dirimu sekarang, tidak kira la orang nak kata apa.

Ya ALLAH, berilah kekuatan kepada hambamu ini.  Kadang-kadang, terasa jugak diri ini gedik, tapi, sudah lumrah manusia, ALLAH ciptakan kita sebegini.

Dalam pemilihan jodoh, sekufu adalah penting.  apa yang terjadi pada saya, kali ini membuatkan saya berfikir lame, bukan sejenak, disebabkan oleh, dia sekufu ataupun tidak.?  susah ingin saya nyatakan, mungkin masih belum kenal rapat. maybe!!

Hopefully you're still single cik!! :)

Diharap juga, kamu membaca entri ini. sangat2 berharap. :)

Selamat malam

Luahan hati seorang manusia yang tidak keruan!